Powered By Blogger

Iklankan Barangan Anda Disini.

Jumaat, 25 Disember 2009

KATA-KATA HIKMAH PILIHAN


KATA-KATA HIKMAH KALIFAH ISLAM
SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.


2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.


3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

Sabtu, 19 Disember 2009

Mutiara Kata Pilihan



Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripadaharta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. - SAYIDINA ALI ABI TALIB




Dipetik dari:


Rabu, 11 November 2009

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi




7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi
Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.
Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri SendiriIni juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti.
Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda.
Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan KemaafanLepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!




Dipetik dari:
http://www.imotivasi.com/



Selasa, 10 November 2009


Doa untuk kekasih.....
JIKA KAMU MEMANCING IKAN... SETELAH IKAN ITU TERLEKAT DI MATA KAIL, HENDAKLAH KAMU MENGAMBIL IKAN ITU...
JANGANLAH SESEKALI KAMU LEPASKAN IA SEMULA KE DALAM AIR BEGITU SAJA... KERENA IA SAKIT OLEH KERENA BISANYA KETAJAMAN MATA KAILMU DAN MUNGKIN IA AKAN MENDERITA SELAGI IA MASIH HIDUP.
BEGITULAH JUGA
SETELAH KAMU MENINGGALKANNYA BEGITU SAJA... KERENA DIA AKAN TERLUKA OLEH KENANGAN BERSAMAMU DAN MUNGKIN TIDAK DAPAT MELUPAKAN SEGALANYA SELAGI DIA MENGINGATIMU...
JIKA KAMU MENADAH AIR BIARLAH BERPADA, JANGAN TERLALU MENGHARAP PADA TAKUNGANNYA DAN
JANGANLAH MENGANGGAP IA BEGITU TEGUH... CUKUPLAH SEKADAR KEPERLUANMU... APABILA SEKALI IA RETAK... TENTU SUKAR UNTUK KAMU MENAMBALNYA SEMULA... AKHIRNYA IA DIBUANG... SEDANGKAN JIKA KAMU COBA UNTUK MEMBAIKINYA MUNGKIN IA MASIH DAPAT DIPERGUNAKAN LAGI...
BEGITU JUGA JIKA KAMU MEMILIKI SESEORANG, TERIMALAH SEADANYA... JANGANLAH TERLALU MENGAGUMINYA DAN JANGANLAH KAMU MENGANGGAPNYA TERLALU ISTIMEWA... ANGGAPLAH DIA MANUSIA BIASA... APABILA SEKALI DIA MELAKUKAN KESILAPAN BUKAN MUDAH BAGI KAMU UNTUK MENERIMANYA... AKHIRNYA KAMU KECEWA DAN MENINGGALKANNYA... SEDANGKAN JIKA KAMU MEMAAFKANNYA BOLEH JADI HUBUNGAN KAMU AKAN TERUS HINGGA KE AKHIRNYA...
JIKA KAMU TELAH MEMILIKI SEPINGGAN NASI... YANG KAMU PASTI BAIK UNTUK DIRIMU... MENGENYANGKAN...BERKHASIAT... MENGAPA KAMU BERLENGAH, COBA MENCARI MAKANAN YANG LAIN... TERLALU INGIN MENGEJAR KELAZATAN... KELAK, NASI ITU AKAN BASI DAN KAMU TIDAK BOLEH MEMAKANNYA... KAMU AKAN MENYESAL...
BEGITU JUGA JIKA KAMU TELAH BERTEMU DENGAN SEORANG INSAN... YANG PASTI MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA DIRIMU... MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU... MENGAPA KAMU BERLENGAH, TERUS MENCOBA MAMBANDINGKANNYA DENGAN YANG LAIN... TERLALU MENGEJAR KESEMPURNAAN... KELAK, KAMU AKAN KEHILANGANNYA APABILA DIA MENJADI MILIK ORANG LAIN... KAMU JUGA AKAN MENYESALLLLLL..................



Diambil Dari
facebook

Ahad, 8 November 2009

Maksud Surah Al-Ghaasyiyah:Ayat1-3

"Sudahkah sampai kepadaMu(Muhammad)perihal hari kiamat yang huru-hara?Muka(orang kafir)pada hari itu tunduk kerana berasa hina, mereka menjalankan kerja yang berat lagi meletihkan."

(Surah Al-Ghaasyiyah:Ayat1-3)

Saudagar Yang Jujur



Pada zaman dahulu di tanah arab,hidup seorang saudagar yang terkenal yang bernama Muhammad bin Munkadir.Pada suatu pagi dia telah keluar dari kedainya sambil memesan kepada orang gajinya supaya menjaga baik-baik kedainya sementara dia pergi ke kota.Setelah agak lama ia meninggalkan rumahnya,orang gajinya tolonglah menjual barang-barang dikedainya itu.Tetapi orang gajinya itu telah menjual setengah barang-barang di kedainya itu dengan harga dua kali ganda banyaknya dari harga yang sebenarnya kepada orang arab Badwi.


Apabila muhammad pulang ke rumahnya ia mengetahui apa yang dilakukan oleh orang gajinya itu.maka bergegaslah si muhammad mencari orang arab badwi itu.


Setelah sepanjang hari mencari badwi itu,ia akhirnya berjaya menemuinya lalu berkata:"pekerja saya telah berlaku curang terhadap tuannya.Dia menjualkan barang itu dengan harga 10 dirham sedangkan harga sebenar hanya 5 dirham sahaja."tetapi badwi itu berkata:" Oh tidak mengapa tuan,saya senang hati membelinya." Jawab Muhammad :"Benar,walaupun tuan berpuas hati membelinya tetapi saya juga mahu tuan puas hati dengan dengan apa yang memuaskan hati kami."Muhammad cuba memulangkan wang sebanyak 5 diham itu kembali kepada Badwi itu.


Walaupun Badwi itu enggan menerimanya tetapi setlah didesak akhirnya ia menerimanya juga.kemudian berpuas hatilah Muhammad Munkadir setelah urusan dengan Badwi itu selesai.Demikianlah prihal seorang yang benar-benar beriman.Sedikit perkara walaupun kecil sekalipun diperhatikan dosanya. Tidak lain kerana takut akan balasannya di akhirat nanti.




Dipetik dari :


BUDIMAN Edisi Ke-3/2004


Jumaat, 6 November 2009



Musim haji telah tiba lagi...............

menunaikan ibadah

panggilan Baitullah.....

Musim haji 2007

Aku menganggap DIAM itu sebagai satu PERNIAGAAN.
Meskipun tidak ada untungnya,
Paling tidak aku tidak mendapat kerugian.
Diam ibarat barang niaga yang membawa
segudang keuntungan bagi PEMILIKNYA....

Pesan Imam Syafie

Khamis, 5 November 2009

Rosaknya Keperibadian INSAN....

Dalam diri manusia itu ada 2 jenis potensi:
Potensi tiupan dan potensi rayuan.......
Hal itu seperti duri jika dipegang
dan
ibarat
bunga apabila dipandang......
APABILA Engkau memerlukan pertolongan mereka,
BERSIKAPLAH seperti api yang membakar duri-duri itu.....

Nasihat Imam Syafie.
Dalam diri manusia itu ada 2 jenis potensi:
potensi tiupan dan potensi rayuan, 2 hal itu ibarat
Duri jika dipegang dan bunga bila dipandang....
apabila engkau memerlukan pertolongan mereka,
Bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.....

Nasihat Imam Syafie

Share button

Share |

Pengikut