Powered By Blogger

Iklankan Barangan Anda Disini.

Sabtu, 29 Januari 2011

Tips akhirat untuk blogger & facebooker


Menumpang dunia ciptaan Tuhan seumpama persediaan menuju ke alam kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka landasan hidup di dunia kini harus diserasikan dengan kehendak ‘tuan’ yang menciptakan dunia ini, iaitu Allah SWT.

Firman Allah Allah (al-Quran surah al-Ankabut ayat 57)

Bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”

Justeru setiap daripada kita harus ingat apa sahaja yang kita buat di dunia ini, natijahnya tidak putus setakat dunia sahaja, tetapi akan dibawa ke akhirat. Maka sesuatu yang kita buat itu hendaklah serupa dengan apa yang Tuhan suruh dan tidak bersifat menderhaka kepada ‘tuan dunia ini’ (Allah SWT).


Firman Allah (al-Quran surah al-Mulk ayat 2)

Bermaksud: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun.

Namun berapa ramai kalangan kita mengingati, bahawa kehidupan ini dan kematian kelak sebagai ujian yang perlu kita lulus sebelum kita berdepan dengan Allah di akhirat? Persoalan ini adalah asas kehidupan manusia. Ia perlu dijadikan prinsip kita sepanjang hidup di dunia ini. Walaupun kita sekarang berdepan dengan segala macam perkembangan baru, termasuk bidang kemajuan maklumat seperti yang kita alami sekarang. Hakikat inilah, dunia blog dan facebook atau apa-apa nama lagi yang menjadi landasan penyebaran maklumat alam siber, kita harus serasikan dengan prinsip hidup berteraskan kehendak Allah.

Oleh kerana itu, tugas blogger dan facebooker sama juga tugas wartawan, penulis dan guru, iaitu mendidik dan membentuk pemikiran ummah. Tugas mendidik dan membentuk pemikiran ummah ini merupakan tugas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka sesiapa yang menyambung tugas nabi, insya-Allah ia mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWt.

Suatu peringatan

Seseorang blogger dan facebooker itu janganlah salah gunakan atas kepakaran ilmu yang kita ada. Seumpama budak yang baru pandai naik basikal. Ke mana sahaja mahu naik basikal, termasuk ke tempat yang tak munasabah berbasikal, atau ke tempat yang tak sepatut berbasikal dia juga akan berbasikal. Maka atas sifat menggunakan ilmu yang kita ada menerusi hujung jari, gunalah hujung jari itu dengan hikmah. Tidaklah kita nak tulis apa saja sehingga menyentuh sentimen yang memudharatkan orang lain. Maknanya kita tak boleh ikut sedap kita sahaja. Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak: “berdepan dengan kematian, maka di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.”

Justeru itu perbetulkan perjalanan kita, cara perbetul itu sebagaimana panduan daripada firman Allah SWT (al-Quran surah al-Fatihah ayat 6-7):

Bermaksud: “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Ini bermakna, apa yang perlu kita amalkan ialah kita kena sentiasa melakukan kebaikan (menulis apa-apa isu) dengan cetusan hati, “Ya Allah, pimpinlah kami agar sentiasa mengikut jalan yang betul, iaitu jalan yang engkau kurniakan nikmat––syurga.”

Ini suatu tuntutan untuk kita semua, atas tujuan kita dijadikan Allah sebagai penyampai dakwah Islamiah, maka harapan saya berpeganglah kepada amanah Allah agar kita semua ini, blogger dan facebooker dapat berkerjasama menyebar Islam demi kebaikan ummah.

Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur
10 Safar 1432 H | 15 Januari 2011 .


Dipetik dari : http://www.blogtokguru.com/

Sabtu, 15 Januari 2011

Wahai Saudaraku!!!


Wahai Saudaraku!!!Kita semua telah diberi kefahaman tentang agama oleh
Allah swt,bahawa solat 5 waktu itu merupakan tiang agama.Maka sesiapa yang mendirikan solat itu dengan sebenar-benarnya meraka tergolong dikalangan orang yang mendirikan agama,sebaliknya pula kepada yang meninggal solat,maka mereka telah merobohkan agama.Sesungguhnya sebesar2 bala,sekeji2 benda dan seaib2 benda ialah orang yang bermudah-mudah dengan sembahyang.
Akibat daripada meninggalkan sembahyang,Saidina Ali Bin Abu Thalib r.a.Daripada Nabi s.a.w katanya:Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda(yang bermaksud)Tiada hamba yang mukmin yang meninggal sembahyang dan tiada melakukannya,Melainkan Allah menyuratkan pada mukanya “Ini keluar daripada rahmat Allah”maka aku kelepasan daripadanya.Apabila seseorang meninggalkan satu sahaja sembahyang fardu maka namanya disuratkan di atas pintu neraka.
Maka tersebut hadis daripada Anas Bin Malik mengenai firman
Allah swt : قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ .Maka Anas bertanya apa itu al-falaq wahai Rasulullah???
Sabdanya (yang bermaksud) Iaitu suatu telaga dalam neraka jahannam,jika burung terbang seribu tahun tidak akan sampai kepadanya.Maka aku bertanya lagi:Untuk siapa wahai rasulullah?Sabda nabi “Bagi siapa yang meninggalkan sembahyang tetapi tubuh badannya sihat. ”

.....Bersambung

Sabtu, 8 Januari 2011

Luahan Untuk-MU TEMAN


Teman hadirMu tanpa diundang,pergiMu pula tanpa dihalau…
Bukan niat hati untuk berpisah,namun ini semua telah ditetapkan oleh Sang Pencipta…
Aku tidak mengerti apa hendakmu???
Benarkah kata nenek,Teman Umpama lebah,ada madu iapun muncul...
Benarkah kata Ibu,Teman bagaikan kumbang,habis madu
iapun terbang lari…
Benarkah kata Abah,Teman Cuma merpati,disiur tidak akan mungkin dihampiri,ditaburi makanan beribu menghipit….
Kata Cikgu pula,Teman setia berkorban apa saja,bagi memastikan Temannya Bahagia…
Kata Orang,Teman suka mudah dicari….Teman duka satu dalam seribu…..Teman sejati membawa BAHAGIA….
HAKIKATNYA….
Antara seribu teman,Siapa sudi yang bersama mengutip
Batu permata & siapa sanggup bersama
MENEMPUH KARAM DILAUTAN?????

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU...

Dan ingatlah,setiap detik yang berlalu tidak mungkin akan kembali lagi.Sedarkah kita,bahawa tahun 2010 telah pergi meninggalkan kita.Oleh itu,Kita perlu berfikir apakah sepanjang tahun lalu amalan kita cukup untuk menemui pencipta kita???Perlu diingatkan sebaik-baik bekalan ialah bertaqwa.Taqwa merupakan wasiat Allah s.w.t untuk umat terdahulu & umat yang terkemudian.

Firman Allah SWT: "Walaqad wassainal lazina utulkitaba minqablikum waiyakum anit taqullaha "
Maksudnya: " Sesungguhnya Kami telah berwasiat (memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab se-belum kamu danjuga kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah." (An Nisa: 131)

Taqwa juga adalah wasiat Rasulullah SAW kepada umatnya.
Baginda bersabda:

Maksudnya: "Aku berwasiat kepada Engkau semua supaya bertaqwa kepada Allah, serta dengar dan patuh kepada pemimpin walaupun dia seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku kelak, dia akan melihat pelbagai perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk selepasku. " (RiwayatAhmad, Abu Daud, Termizi dan Majah)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: "Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat At Termizi dan Ahmad)

Sabda Baginda:

Maksudnya: "Bertaqwalah terhadap perkara-perkara yang diharamkan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kuat ibadah; redhakanlah dengan apa yang diberi oleh Allah kepadamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya; buatlah kebaikan kepada jiran kamu, nescaya kamu akan dapat keamanan, kasihilah manusia sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri, nescaya kamu akan selamat; jangan banyakkan ketawa kerana memperbanyakkan ketawa itu mematikan hati-hati." (Riwayat At Termizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: "Bertaqwalah kamu kepada Allah, tunaikanlah sembahyang lima waktu, berpuasalah pada bulan Ramadhan, keluarkanlah zakat harta kamu, patuhi orang yangmenjaga hal ehwal kamu, nescaya kamu akan masuk Syurga Tuhan kamu." (Riwayat At Termizi, Ahmad dan Hakim)


Banyak kata-kata dari para sahabat tentang nasihat untuk bertaqwa.Antaranya :


Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a. pernah berkhutbah: "... maka sesungguhnya aku berpesan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah, supaya kamu sentiasa memuji Allah dengan pujian yang patut kamu memuji-Nya dan kamu campurkan harap dan cemas serta kamu gabungkan bersungguh-sungguh meminta dengan permohonan."

Sayidina Umar Al Khattab r.a. pernah menulis surat kepada anaknya Abdullah yang berbunyi: " Amma ba`du, sesungguhnya aku berpesan kepada engkau supaya kamu bertaqwa kepada Allah. Sesungguh-nya siapa yang bertaqwa kepada-Nya, nescaya Dia akan memeliharanya. Sesiapa yang memberi pinjaman kepada Allah (menafkahkan hartanya), nescaya Dia akan membalasnya. Sesiapa yang mensyukuri nikmat-Nya, nescaya Dia akan menambahkannya lagi. Jadikanlah taqwa tertegak di kedua matamu dan memenangi hatimu."


Demikianlah serba-sedikit yang dapat saya kongsi,INGATLAH bahawa pentingnya ketaqwaan dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia.INGATLAH kamu,Nabi-nabi & Para rasul Diutuskan untuk menyampaikan kepada kita semua.Kaum nabi Nuh,Kaum Aad,Kaum Tsamud & Kaum Nabi Lut dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah sepertimana diceritakan didalam Al-Quran nul-qarim...


Share button

Share |

Pengikut