Powered By Blogger

Iklankan Barangan Anda Disini.

Sabtu, 5 Februari 2011

Maulidur Rasul 1432/2011 [part 1]


Syukur kehadrat Ilahi saya panjatkan kepada sang pencipta kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara yang percuma ini seterusnya dapat meluangkan masa untuk update blog ini.Hari ini 2 Rabiul awwal, bulan Rabi’ul awwal merupakan satu bulan yang bersejarah buat kita umat manusia.pada bulan inilah terciptanya sejarah kelahiran Rasulullah s.a.w yang disambut dengan pelbagai cara.Marilah kita menghayati setiap masa betapa pentingnya kelahiran baginda,dengan kita sama-sama mendengar firman Allah s.w.t dalam surah As-saff ayat 9 yang berbunyi :
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ (٩)

Yang bermaksud:
Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayat petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (9)

Rasulullah s.a.w membawa agama yang penting kepada manusia,sehingga baginda menjadi penutup kenabian dan kerasulan,tidak ada lagi nabi dan rasul selepas daripada baginda.Barang siapa mengaku menjadi nabi selepas Rasulullah s.a.w dia menjadi kafir dan sesiapa yang mengikutnya,maka dia menjadi kafir juga.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah untuk seluruh manusia sehingga hari qiamat,tidak kira bangsa,warna kulit mahupon keturunan.Berbeza dengan rasul-rasul sebelum daripadanya,mereka diutuskan untuk kaum tertentu sahaja dan tempoh tertentu sahaja.Seluruh manusia wajib beriman kepada Rasulullah dan yakin bahawa ajaran yang dibawanya,Al-quran dan sunnah ajarannya membatalkan dan menasakhkan ajaran kitab-kitab terdahulu daripadannya.Walaupon kitab-kitab ini datangnya dari Allah s.w.t dan wajib diimani,tetapi sama sekali tidak boleh diamalkan sekiranya bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah.

……..Bersambung[insyaallah]

Share button

Share |

Pengikut