Powered By Blogger

Iklankan Barangan Anda Disini.

Sabtu, 31 Mac 2012

anak PERMATA ku....


Sudah agak lama saya tidak update entry kepada semua.
Saya mohon maaf. Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia bersama orang yang tersayang.

Entry kali ini adalah khas untuk mereka yang telah berjaya mendirikan rumahtangga dan merancang untuk menimang cahayamata.

Saya tidak pasti.. adakah ini adalah suatu sumpahan, kebetulan atau hanya "perasaan" saya sahaja.

Sejak saya remaja dahulu, saya banyak melihat orang-orang yang baru keluar dari universiti dan mengambil keputusan untuk berehat 2-3 bulan dirumah sebelum keluar mencari kerja.. amat sukar untuk mendapatkan kerja. Perancangan mereka hanya untuk berehat 2-3 bulan dirumah selepas keluar universiti telah menyebabkan mereka "terpaksa" berehat hampir 1-2 tahun sebelum mereka mendapat sebarang tawaran kerja.

Begitu juga dengan pasangan-pasangan yang baru berkahwin.. pasangan yang mengambil keputusan untuk tidak mahu menimang cahaya mata pada tahun pertama atau kedua perkahwinan mereka.. atas alasan sibuk dengan komitmen kerja, tidak cukup kewangan dan sebagainya.. biasanya.. agak sukar untuk menimang cahaya mata selepas itu, walaupun selepas 5-6 tahun mereka berkahwin dan bersedia untuk menimang cahaya mata. Saya tidak pasti, adakah ini suatu "denda" atas niat mereka suatu masa dahulu yang tidak mahukan anak.. atau hanya kebetulan sahaja.

Dalam islam, anak itu adalah suatu kurniaan yang amat besar dari Allah kepada hambanya. Anak-anak itulah yang akan menjadi penyeri dan kebahagian sesebuah rumahtangga. Tanpa anak, rumahtangga anda akan terasa sunyi dan kadangkala sedikit membosankan. Sperti yang kita ketahui, setiap makhluk Allah itu sudah tersiap sedia rezeki untuknya. Jadi, sepatutnya tidak timbul persoalan kedudukan kewangan tidak stabil untuk anda memiliki anak.. bahkan, Allah sudah berjanji, rezeki anda akan melimpah-ruah apabila anda sudah memiliki anak kelak..

Oleh itu, nasihat saya.. diawal-awal perkahwinan ini, usahlah merancang-rancang untuk tidak mahukan anak. Terimalah rezeki yang ALlah kurniakan seadanya. Insyallah kehidupan rumahtangga anda akan lebih ceria dan bahagia.

Baiklah, sampai disini sahaja entry saya untuk kali ini.
Semoga berjumpa lagi kita di lain kali.

sumber : www.maskahwin.com

Share button

Share |

Pengikut