Powered By Blogger

Iklankan Barangan Anda Disini.

Khamis, 10 Mei 2012

Apakah Ciri-Ciri SAHABAT yang BAIK???





Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat. Apakah ciri2 sahabat yang baik ? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
# Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
# Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
# Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
# Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
 # Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
# Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
# Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
# Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
# Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
# Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
# Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan
# Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



Dipetik dari:http://fitryna.wordpress.com/

Khamis, 3 Mei 2012

Dugaan Alam Pertunangan

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perihal dugaan di alam pertunangan. Kata orang.. alam pertunangan ini banyak dugaannya, dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya.. apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin terpaksa dilalui itu? Biasanya
ujian & dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan.. bukanlah berpunca daripada orang @ pihak lain. tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri. Antara dugaan yang terbesar sewaktu di alam pertunangan ini.... adalah dugaan melawan hawa nafsu yang semakin melonjok-lonjak. Maklumlah, orang kata, apabila sudah berunang ini, sebelah kaki dah melangkah ke alam rumahtangga. Namun begitu.. apa yang perlu kita faham.. ikatan pertunangan tidak lagi menghalalkan apa-apa pun antara lelaki dan perempuan. Sudah bertunang, tidak bermaksud anda sudah boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi. Sudah bertunang juga tidak bermaksud anda sudah boleh bertepuk tampar , bercium - ciuman atau pun berpeluk-pelukan di khalayak ramai. Ramai pasangan bertunang yang terkeliru tentang hal ini. Pada pendapat mereka.. "Alah.. kan dah tunang.. apa salahnya?". Ops!.. anda sudah silap.. ia sememangnya sesuatu yang salah.. Tujuan saya memberitahu anda hal ini adalah kerana ingin menyedarkan anda, bahawa.. dugaan alam pertunangan itu sebenarnya bukan sahaja datang dari luar, tetapi ia juga boleh datang dari dalam diri anda sendiri. Jadi.. bersiap-sedialah.. sama ada dari segi kekuatan iman mahupun kekuatan kewangan.. kalau kuat kewangan.. insyallah tempoh pertunangan itu dapat dipendekkan.. sekaligus dapat mengurangkan dugaan-dugaan tersebut. Yerla.. duit semua dah cukup.. buat apa nak tangguh-tangguh lagi yer tak?.... kahwin je terus.. habis cerita! Insyallah tenang sedikit hati yang sedang bergelora itu.. Jadi... jaga iman anda dan jagalah ikatan pertunangan anda. Jangan tension-tension dan banyakkan berdoa memohon Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup anda untuk menuju gerbang perkahwinan. Oklah.. sampai disini sahaja coretan saya untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain waktu. Petikan & diedit dari : http://www.maskahwin.com

Jumaat, 13 April 2012

Oh dunia ini, penuh kepalsuan....

Hayati bait² lirik lagu nie...selamat berfikir...





Oh dunia ini, penuh kepalsuan,
mungkinkah tiada keikhlasan
Apakah ini, suatu pembalasa,
ku sadar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang, gembala jalanan,
terombang-ambing di lautan gelora
Mencari kebah’giaan, tahan untuk menopang kasih,
mungkinkah suratan, hidup ‘kan selalu sendirian

[Chorus:]
Hati membeku mengingatkan,
kata janji manismu
Ku dibuai kenangan,
belaian kasih sayang suci darimu,
oh kejamnya
Lidah tidak bertulang,
ucapan cinta mengiris kalbu
Ku ‘kan pergi, membawa diri,
cinta di hati terkubur lagi
(cinta di hati terkubur lagi)

Tidak ku pahami, mengapa terjadi,
peristiwa pahit menggores hati
Perjalanan hidup ini, sudah tertulis,
ku tempuhi dengan kesabaran,
ku sadar kebesaranMu Tuhan

[Interlude]

[Chorus]
cinta di hati~, terkubur lagi

Share button

Share |

Pengikut