Powered By Blogger

Iklankan Barangan Anda Disini.

Isnin, 1 Ogos 2011

PENGHAYATAN RAMADHAN



MUQADDIMAH

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan

usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :

“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan

Ramadhan.”

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w

pernah bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan

Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu

puasa. Dibuka padanya pintupintu syurga dan ditutup padanya pintupintu neraka,

ditambat padanya syaitansyaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu

bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang

banyak.

Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Takrif Puasa

Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan,

minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t

menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:

إِنِّي نَذَرْتُ لرَّحْمَنِ صَوْمًا

Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat

alRahman.

Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang

perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam

dengan niat puasa.

Takrif Ramadhan

Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batubatu kecil yang

berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada

bulan‐bulan Islam yang berada di antara Sya’ban dan Syawal. Bulan ini

ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.

Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2

Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan

umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini

berdasarkan firman Allah dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Dan ingatlah Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Maka pada saat ini, marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin

keberkatan di bulan Ramadhan. Pada saat ini, kita tingkatkan komitment kita untuk

rakus mencari pahala. Pada saat ini juga kita pasang janji kita untuk berlumba

memanfaatkan masa yang begitu terhad untuk beramal dan beribadah. Pada saat ini

kita bulatkan tekad untuk tidak tergolong ke dalam golongan yang rugi.

Sabtu, 23 Julai 2011

Kenangan TERINDAH

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ لآ إلـ‗__‗ـه إلآ اللـ‗__‗ـه مُحمـ‗__‗ـدٌ رسـ‗__‗ـول اللـ‗__‗ـه♥ ♥ ♥ ♥ ♥
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬



Kepada semua terimalah dari saya....hikhikhik
selamat menonton....



Khamis, 14 Julai 2011

Pesanan Rasulullah SAW utk Pemimpin

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
لآ إلـ‗__‗ـه إلآ اللـ‗__‗ـه مُحمـ‗__‗ـدٌ رسـ‗__‗ـول اللـ‗__‗ـه
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥




Pemimpin Jangan Mementingkan Diri Sendiri

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian

1. Setiap tanggungjawab yang telah ditugaskan kepada seseorang hendaklah dilaksanakan sebaik-baiknya.

2. Apabila terdapat dikalangan pemimpin yang menyeleweng daripada garis kebenaran, sebagai rakyat mreka hendaklah berusaha menegur supaya pemimpin tersebut kembali ke pangkal jalan disamping memohon doa kepada Allah S.W.T.

3. Adalah tidak wajar bagi rakyat atau orang bawahan terus menunjukkan sikap penentangan tanpa mengemukakan sebarang pandangan, teguran dan fikiran yang berfaedah terlebih dahulu.

4. Semua pihak hendaklah sentiasa berusaha supaya jurang pemisah antara pemerintah dan rakyat sentiasa harmoni, tidak berlaku sebarang keretakan dan kekurangan.

Source:

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=400

Pemimpin Yang Baik Dan Pemimpin Yang Buruk

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

Riwayat Muslim

Huraian

1. Setiap pemimpin hendaklah merapatkan hubungan dengan rakyat jelata supaya tidak berlaku keadaan benci-membenci di antara satu sama lain

2. Islam melarang umatnya menentang pemimpin sekalipun pemimpin tersebut melakukan kesilapan atau kesalahan selagi mana ia mendirikan sembahyang sebagai bukti ia masih lagi Islam.

3. Salah satu daripada tanda-tanda keadilan seorang pemimpin ialah wujudnya ikatan kasih sayang dan kemesraan di antara pemimpin dengan rakyat dan di kalangan pemimpin itu sendiri.

Source: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=392

CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA

1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :

Mafhum : "Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu"

(Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadith :

Mafhum : "Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mereka, ...disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam keadaan kaum membencinya"

Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam sebagaimana konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi petugas yang bersusah payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith :

Mafhum : "Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum."

Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu"

Khalifah Uthman ra juga pernah menegaskan bahawa : " Urusan aku adalah menuruti urusan kamu"

3. Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah, kerjaya yang halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat :

i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam samada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.

ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.

iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dengan meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas melihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian-pengecualian demi kemaslahatan manusia.

4. Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.

Rasulullah sendiri menerima pandangan dan teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur:

Mafhum : "Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi SAW:

Mafhum : "Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim"

Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa'id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Ulama lain juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur menegaskan adalahsuatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah, Imam al-Qurtubi , Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H) , Imam as-Syawkani (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi.

Manakala Abu Yu'la al-Farra al-hanbali menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu'tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq.

Imam an-Nawawi pula dalam mensyarahkan hadith muslim, "Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan mengangkat senjata bukan pilihanraya dan undi) adalah haram dengan Ijma' al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti di dalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan " Kata para ulama :" Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.?

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: " Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam. (Syarah Sohih Muslim oleh an-Nawawi, jld 12)

Ad-Dawudi pula menyebut: "yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar"

(Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : "As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber'syura' bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB"

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

Mafhum : Kami telah berbai'ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai'ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah' (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai'ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana Allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela.

Source: http://hariandaily.blogspot.com

wallahua'lam...


Share button

Share |

Pengikut