Powered By Blogger

Iklankan Barangan Anda Disini.

Ahad, 8 November 2009

Saudagar Yang Jujur



Pada zaman dahulu di tanah arab,hidup seorang saudagar yang terkenal yang bernama Muhammad bin Munkadir.Pada suatu pagi dia telah keluar dari kedainya sambil memesan kepada orang gajinya supaya menjaga baik-baik kedainya sementara dia pergi ke kota.Setelah agak lama ia meninggalkan rumahnya,orang gajinya tolonglah menjual barang-barang dikedainya itu.Tetapi orang gajinya itu telah menjual setengah barang-barang di kedainya itu dengan harga dua kali ganda banyaknya dari harga yang sebenarnya kepada orang arab Badwi.


Apabila muhammad pulang ke rumahnya ia mengetahui apa yang dilakukan oleh orang gajinya itu.maka bergegaslah si muhammad mencari orang arab badwi itu.


Setelah sepanjang hari mencari badwi itu,ia akhirnya berjaya menemuinya lalu berkata:"pekerja saya telah berlaku curang terhadap tuannya.Dia menjualkan barang itu dengan harga 10 dirham sedangkan harga sebenar hanya 5 dirham sahaja."tetapi badwi itu berkata:" Oh tidak mengapa tuan,saya senang hati membelinya." Jawab Muhammad :"Benar,walaupun tuan berpuas hati membelinya tetapi saya juga mahu tuan puas hati dengan dengan apa yang memuaskan hati kami."Muhammad cuba memulangkan wang sebanyak 5 diham itu kembali kepada Badwi itu.


Walaupun Badwi itu enggan menerimanya tetapi setlah didesak akhirnya ia menerimanya juga.kemudian berpuas hatilah Muhammad Munkadir setelah urusan dengan Badwi itu selesai.Demikianlah prihal seorang yang benar-benar beriman.Sedikit perkara walaupun kecil sekalipun diperhatikan dosanya. Tidak lain kerana takut akan balasannya di akhirat nanti.




Dipetik dari :


BUDIMAN Edisi Ke-3/2004


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Share button

Share |

Pengikut