Powered By Blogger

Iklankan Barangan Anda Disini.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Adakah ini Ramadhan yang terakhir bagi kita???


Assalamualaikum pembuka kata....
Selawat & Salam keatas junjungan mulia baginda Nabi Muhammad saw,Para kerabat,sahabat seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang telah kembali menyambut seruan Ilahi.
Berbicara tentang Ramadhan,amat banyak kelebihan-kelebihan yang terkandung pada bulan yan mulia ini.Namun sudahkah kita semua terima akan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita???Persoalan ini akan mengingatkan kita akan berlakunya kiamat kecil yakni kematian.
Bilamana bercakap tentang kematian saya teringat akan seorang sahabat saya yang telah pergi meninggalkan kita semua,Beliau yang saya maksudkan adalah Ustaz Mohd Zahid Shafiee.Mengenali beliau dalam tempoh begitu singkat namun keakraban mula terjalin bila mana saya sama-sama ketika megikuti satu program tahunan yang diadakan di PUTIK Kelantan pada tahun 2010.
Secara peribadi arwah amat mudah mesra,peramah,mudah didekati yang amat saya kagum dengan arwah ialah murah dengan senyuman.Dengan hanya satu senyuman terjalin satu ikatan yang tersimpul mati hingga dibawa kemati.Ketika di awal persahabatan kelihantan ciri-ciri yang ada dalam diri arwah amat menakjubkan iaitu sifat kepimpinan yang mungkin telah diasuh di bangku sekolah lagi.Begitu semangat ketika menyampaikan usrah & seringklali menjadi ketua dalam bacaan mathurat yang setiap hari diamalkan selapas solat fardhu Subuh & asar.
Syawal 1431 H,Bersamaan September 2010,Arwah telah terbang ke bumi ambia' demi memenuhi cita-citanya sebagai pendakwah dengan mempelajari secara mendalam ilmu syariah di mujamma' sheikh ahmad kiftaro,Damascus, Syria.Walaupon arwah jauh dimata,namun hubungan kami masih terjalin,dengan kemudahan yang ada pada dunia moden arwah tidak ketinggalan dengan teknologi dihujung jari,mempunyai "facebook"dan minat dengan pembikinan video-video.
Tanggal 10 Ramadhan 1432 H,bersamaan 10 Ogos 2011,Saya didatangi "SMS" yang amat mendukacitakan.Bagai luruh berkecai hati ini bilamana menerima mesej tersebut kira-kira 11.30 pg yang dihantar oleh Ustaz Ziyad,antara ini kandungan SMS tersebut adalah "salam.al-fatihah kpd shabt kite muhd Zahid bin syafie telah kembali ke rahmatullah,"Disaat itu hanya tuhan mengetahui bagaimana perasaan saya.Amat sedih sekali!!!!
Antara hari-hari terakhir bersama beliau ketika menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Ustaz Mubasysyir 4 ramadhan,Berbuka puasa di water front,Pulau Kambing pada 5 ramadhan sebelum itu bersama-sama mencari juadah berbuka di bazar Chabang 3,Turut serta Ustaz Ziyad & Ustaz Muaz. Kali terakhir saya bersama dengan beliau ketika bersahur pada 6 ramadhan bersama-sama Ustaz Ziyad & Ustaz Muaz di Purnama Restoran,Rusila.
Bagi saya tidak ada tanda-tanda yang Beliau akan tinggalkan kami. Kini Beliau telah kembali menyahut seruan illahi..Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama para ambia',Solehin,siddiqi,syuhada'....

Al-FATIHAH....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Share button

Share |

Pengikut