Powered By Blogger

Iklankan Barangan Anda Disini.

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU...

Dan ingatlah,setiap detik yang berlalu tidak mungkin akan kembali lagi.Sedarkah kita,bahawa tahun 2010 telah pergi meninggalkan kita.Oleh itu,Kita perlu berfikir apakah sepanjang tahun lalu amalan kita cukup untuk menemui pencipta kita???Perlu diingatkan sebaik-baik bekalan ialah bertaqwa.Taqwa merupakan wasiat Allah s.w.t untuk umat terdahulu & umat yang terkemudian.

Firman Allah SWT: "Walaqad wassainal lazina utulkitaba minqablikum waiyakum anit taqullaha "
Maksudnya: " Sesungguhnya Kami telah berwasiat (memerintahkan) kepada orang-orang yang diberi kitab se-belum kamu danjuga kepada kamu, bertaqwalah kepada Allah." (An Nisa: 131)

Taqwa juga adalah wasiat Rasulullah SAW kepada umatnya.
Baginda bersabda:

Maksudnya: "Aku berwasiat kepada Engkau semua supaya bertaqwa kepada Allah, serta dengar dan patuh kepada pemimpin walaupun dia seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku kelak, dia akan melihat pelbagai perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk selepasku. " (RiwayatAhmad, Abu Daud, Termizi dan Majah)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: "Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat At Termizi dan Ahmad)

Sabda Baginda:

Maksudnya: "Bertaqwalah terhadap perkara-perkara yang diharamkan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kuat ibadah; redhakanlah dengan apa yang diberi oleh Allah kepadamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya; buatlah kebaikan kepada jiran kamu, nescaya kamu akan dapat keamanan, kasihilah manusia sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri, nescaya kamu akan selamat; jangan banyakkan ketawa kerana memperbanyakkan ketawa itu mematikan hati-hati." (Riwayat At Termizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: "Bertaqwalah kamu kepada Allah, tunaikanlah sembahyang lima waktu, berpuasalah pada bulan Ramadhan, keluarkanlah zakat harta kamu, patuhi orang yangmenjaga hal ehwal kamu, nescaya kamu akan masuk Syurga Tuhan kamu." (Riwayat At Termizi, Ahmad dan Hakim)


Banyak kata-kata dari para sahabat tentang nasihat untuk bertaqwa.Antaranya :


Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a. pernah berkhutbah: "... maka sesungguhnya aku berpesan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah, supaya kamu sentiasa memuji Allah dengan pujian yang patut kamu memuji-Nya dan kamu campurkan harap dan cemas serta kamu gabungkan bersungguh-sungguh meminta dengan permohonan."

Sayidina Umar Al Khattab r.a. pernah menulis surat kepada anaknya Abdullah yang berbunyi: " Amma ba`du, sesungguhnya aku berpesan kepada engkau supaya kamu bertaqwa kepada Allah. Sesungguh-nya siapa yang bertaqwa kepada-Nya, nescaya Dia akan memeliharanya. Sesiapa yang memberi pinjaman kepada Allah (menafkahkan hartanya), nescaya Dia akan membalasnya. Sesiapa yang mensyukuri nikmat-Nya, nescaya Dia akan menambahkannya lagi. Jadikanlah taqwa tertegak di kedua matamu dan memenangi hatimu."


Demikianlah serba-sedikit yang dapat saya kongsi,INGATLAH bahawa pentingnya ketaqwaan dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia.INGATLAH kamu,Nabi-nabi & Para rasul Diutuskan untuk menyampaikan kepada kita semua.Kaum nabi Nuh,Kaum Aad,Kaum Tsamud & Kaum Nabi Lut dihancurkan dan dimusnahkan oleh Allah sepertimana diceritakan didalam Al-Quran nul-qarim...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Share button

Share |

Pengikut